|

Senyuman bangga dengan seragam Konstabel Polis Diraja Malaysia semasa dalam latihan asas rekrut 1970

Beaufort adalah sebuah Pekan Kecil dan terpencil di Sabah.Di sinilah lahir insan bernama Idris berdepan dengan keperitan hidup yang terhimpit. Impiannya untuk menjadi seorang Guru kerana hanya profesion itu yang diketahuinya ketika itu.

Inilah gambar pertama bersama bekas tunang sebelum jadi kekasih dan isterinya- Siti Rumaja Hj Mijed
Pada 14 Februari 1952 iaitu lebih kurang 10 tahun selepas serangan tentera Jepun. seorang bayi kelima lahir dan dinamakan dan dikenali sebagai Idris Bin Jikon. Kanak-kanak ini menambah seorang lagi anak kepada seorang yang dikenali Emasadi dan isterinya nama Misti Binti Ajak, kedua-duanya keturunan Bisaya di Kampong Berkat, Padas Damit. Gelaran Emasadi itu kerana adalah menjadi amalan dan kebiasaan menukar panggilan nama bapa dengan nama anak sulung. Oleh kerana anak sulung Encik Jikon bernama Saadiah bersama isterinya yang terdahulu maka dia digelar Emasadi yang juga adalah seorang bilal Masjid di Kg Kantor ketika itu dan juga guru baca al-qur'an kepada murid-murid dewasa yang menjemputnya ke kampung Bangkalalak, Kg Mentulud, Kg Gumarit, Kg Suasa, Kg Parit dan Kg Kantur secara bergilir. Idris dan adik perempuan biasa ikut bersamanya dalam lawatannya ke kampung-kampung tersebut. Emasadi meninggal dunia kerana sakit yang sudah lama dihidapinya, waktu itu Idris baru saja beberapa bulan memulakan persekolahan di GPS Padas Damit dalam tahun 1959. Ketiadaan bapanya amat dirasai betapa kehidupan yang memang sudah susah telah menjadi lebih payah dan sempit. Idris terpaksa bantu abangnya Mohd Dun @ Yura menoreh getah yang ada beberapa pokok saja dikeliling rumah kami di Kg Kelaga sebelum ke sekolah pada setiap pagi. Mungkin dengan berkat doa dan harapan besar arwah Emasadi semasa hidupnya terhadap Idris menyebabkan dia ringan hati menghantar Idris belajar di sekolah. Dalam tahun 1963 Idris ketika itu pelajar darjah 5 tetapi Guru Besar GPS Padas Damit ketika itu Hj Mohd Yusof Sulaiman memilih Idris bersama 5 orang lain antaranya Norsiah Bauk dan Yusof Masgop dari kelas itu didaftarkan untuk peperiksaan darjah enam pada tahun tersebut dan pilihan itu tepat kerana Idris dengan angka giliran 509 lulus. Semasa hendak menghadiri peperiksaan tersebut yang dijadualkan diadakan di GPS Mempagar yang pada ketika itu ke tempat itu adalah satu perjalanan yang amat jauh kerana belum ada jalanraya. Cikgu Mohd Yusof Sulaiman menunjukkan kesedarannya serta simpatinya terhadap kesempitan Idris bila dia menganjurkan kutipan wang untuk membantu Idris. Sejumlah $14.00 diberikan kepadanya untuk perjalanan pertama Idris keluar dari kampung Padas Damit yang perlu berjalan kaki dari jam 7.00 pagi dan sampai di tempat yang dinamakan Mempagar itu pada jam 5.00 petang dan ketika itu musim hujan dan banjir. Dengan kelulusan itu Idris dengan nasihat serta dorongan Cikgu Yusof Sulaiman supaya Idris meneruskan pelajaran ke St John's Secondary School di pekan Beaufort. Awal bulan Januari tahun 1964 Idris buat pertama kalinya keluar ke pekan Beaufort ikut Encik Said Masi yang ketika itu kebetulan ke Beaufort untuk memohon jawatan Konstabel Polis, Encik Masih yang membawa dan tunjuk jalan ke St John's Secondary School yang terletak dibelakang Balai Polis Beaufgort ketika itu. Idris dinasihat mendaftar di St Paul's Secondary School kerana di St John tiada pelajar beragama Islam tinggal di Hostel sebab tiada tukang masak beragama Islam. Idris pun ke St Paul Secondary School dan dia diterima belajar disitu dalam kelas peralihan atau ketika itu lebih dikenali sebagai Bridge Class I dan tinggal di Boarding atau Hostel sekolah. Disini sebenarnya ada ramai pelajar lain sekampong dengannya antaranya Yusog Masgop, Kasmat Bilah, Ismail Hj Abdul Rahman, Mohd Zilin Salurin, Jantrik Hj Karim. antara pelajar senior sekampung ialah Jais Enggon. Semua mereka tinggal di Hostel yang sama. Belajar dalam kelas peralihan dikenali Bridge Class I, kelas ini untuk pelajar-pelajar dari sekolah rendah kerajaan atau ketika itu lebih dikenali sebagai Government Primary School (GPS). Waktu itu belum ada Sekolah Menengah Kebangsaan di Beaufort, yang ada hanya St Pauls Secondary School dan St John Secondary School dan kedua-duanya mengajar dalam aliran Bahasa Inggeris sahaja sebab itu semua pelajar dari sekolah rendah perlu mula dalam Bridge Class I dan II sebelum ke Form I dan seterusnya. Diakhir tahun 1965 selepas peperikasaan dalam Bridge Class II Idris memohon bertukar ke Sekolah Trade School di Api-Api atau Jesselton, Ibu Negeri Sabah ketika itu, berpindah bukan kerana suka-suka tetapi kerana Idris dengar di sekolah yang mengajar pertukangan tersebut dibayar elaun bulanan dismping biaya makan.
Hadir buat kali kedua di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan kali ini sebagai Pelatih Inspektor setelah dilantik ke jawatan itu pada 21 Mei 1975.
Kenangan bersama pelatih Inspektor yang lain antaranya Awang Basir Shahrin, Puspalinggam, Foo Kiant Bong dan Rosli Mohd Nizam.


Gambar kenangan sekitar tahun 1976-1978 semasa menjawat tugas sebagai Inspektor Kawasan Suan Lamba dan Ulu Dusun dibawah pimpinan ASP Clement Jaikul sebagai OCPD Sandakan (Bandar)
Terima Surat Penghargaan atas kecemrlangan prestasi tugas daripada Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah. Dato' Mohd Noor Khamis dalam satu perbarisan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan.
No kereta keduanya SB 535 secondhand dibeli dari Insp Hamzah Hashim dengan harga $3,500 diberi No SB lambangkan asalnya di Beaufort dan 535 adalah No rasmi dirinya dalam pasukan polis iaitu I/7535 sebagai Inspektor - sekitar tahun 1979. Kereta pertamanya SS 3979 jenis Fiat semasa di Sandakan.
Flat yang dinamakan Helang di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah di Kepayan ini adalah tempat tinggalnya semasa menjawat tugas sebagai APO II, disini lahir Siti Nuryzan anak ketiganya. Sementara Rumah Papan adalah tempat tinggalnya bila dinaikkan ke pangkat ASP dalam tahun 1981 sebagai Pegawai Turus Tatatertib/Kenaikan Pangkat Kontinjen Sabah mengambil alih dari ASP Philip Chung yang telah meletak jawatan.

Idris gemar menghargai sumbangan orang lain yang membantu kejayaannya. Gambar ini sedang menyampaikan Surat Penghargaan kepada orang awam yang menjayakan tindakan pencegahan Jenayah yang diketuainya sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu sekitar tahun 1984 - 1987

Sebagai KPD Tenom pada usia 35 Tahun membaca Perutusan Ketua Polis Negara di perbarisan Hari Polis di IPD Tenom dihadiri bersama oleh Wakil Rakyat Tenom ketika itu YB Datuk Kadoh Agundong dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Tenom serta pegawai dan anggota polis dan ahli-ahli persatuan bekas polis pada pagi 25 Mac 1988

C/Insp Abdul Lamat Hj Taman
Dalam usia muda dan memikul jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Tenom itu walaupun daerah kecil dan terpencil tetapi dianya cukup mencabar tetapi komitmen yang tinggi serta pendekatan pemikiran dan tindakan yang positif Ketua Polis Daerah termuda ini ketika itu mencerminkan dia patut diberi pendedahan yang lebih. Atas perkiraan itu Idris telah ditukarkan ke Kontinjen Pulau Pinang dalam Jabatan Siasatan Jenayah pada bulan Mei 1988.
Pertukaran Idris ke Pulau Pinang dalam pertengahan tahun 1988 sebagai Pegawai Turus D4B dia berpeluang mendalami tugas dalam Siasatan Jenayah dengan bimbingan beberapa orang KJSJ Pulau Pinang antaranya ACP Raja Lope, ACP Arshad Mokhtar dan ACP Hizan Babjan dan sempat lebih kurang sebulan dibawah ACP Loh Choo Huat.
Setelah 5 tahun berada di Pulau Pinang Idris tersenarai dalam pertukaran pada awal tahun 1993 dengan jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kunak dengan memangku pangkat DSP. Idris melapor diri kepada Datuk Mohd Jamil Johari Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu mengarahkan Idris tidak ke Kunak tetapi buat sementara waktu ke Kota Kinabalu sebagai KBSJD sehingga dapat arahan terbaru. Gambar ini sidang Akhbar bersama ACP Muslim Mohamad KPD Kota Kinabalu atas satu kejayaan awal Idris sebagai KBSJD Kota Kinabalu.
Enam bulan kemudian keluar arahan melibatkan Idris untuk jawatan baru dan kali ini sebagai Ketua Polis Daerah Kota Belud di Pantai Barat Sabah. Sudah biasa dengan cabaran di Bandar Raya Pulau Pinang dan Bandar Raya Kota Kinabalu maka bagi Idris berada di Kota Belud dia ada banyak masa terluang, ini mendorongnya pada awal tahun 1996 ulang alik ke ITM Menggatal sebagai pelajar Jarak Jauh. Tetapi DPA yang dicita-citakan tidak sempat dicapai bila terjumpa DSP Fadzil Ali seorang pegawai Polis berasal dari Kota Belud bertugas di Cawangan Latihan Bukit Aman sedang bercuti di Kota Belud. Idris minta supaya namanya dimasukkan sebagai peserta kursus Diploma Sains Kepolisan (DSK)
Di hari Suai Kenal peserta kursus DPS dengan Dekan di UKM bersama 34 orang pegawai lain antaranya SUPT Ayob Mohamad yang menjadi penghulu, SUPT Pakianathan, DSP Mohd Noor Kanda, DSP Wahab Embong, DSP Sulaiman Abdul Razak, DSP Kassim Yusof, DSP Mohd Fuad Talib, DSP Wan Mohamad, DSP Sulaiman Mohamad, DSP Taib Sabot dan DSP Hj Hasrin Bin Hj Sabtu dari Negara Brunei Darussalam. Idris dalam ucapan suaikenal itu menyatakan rasa syukur yang teramat sangat kerana katanya dia selama ini tidak banyak bersekolah tetapi banyak bekerja dan kehadirannya di UKM dalam majlis itu adalah sesuatu yang sangat bermakna kepadanya dan berterima kasih pada PDRM dan Kerajaan.
Antara perkara yang dihayatinya dalam kursus DSK ialah kenal diri dan perlu keluar dari kelompok pandir. Kursus itu selesai pada tahun 1997 Idris dinaikkan ke pangkat SUPT ke jawatan Ketua Polis Daerah Lahad Datu menggantikan SUPT Mohd Bakri Zinin yang bertukar ke Negeri Sembilan. Konsep keluar dari kelompok pandir itu mendorong Idris sentiasa berbuat sesuatu yang baru bermula semasa di Lahad Datu antaranya dia berjaya menyediakan Rumah PERKEP, membawa ahli-ahli PERKEP melawat ke Sarawak dan Brunei. Hari keluarga di Pulau Sipadan, pendakian ke Gunong Kinabalu, program Rakan Jiran Rakan Taman, Majlis Tilawah Al-Qur'an, malam amal mengisi Tabung Kelab Polis dimana Ajai dan Nurul dijemput menjayakannya dirasmikan oleh Dato Mangsor Ismail. Menganjurkan kursus asas Microsoft kemudian mewujudkan Laman Web IPD Lahad Datu dirasmikan oleh SAC II Kuik Harris OKK Anik KJP Sabah ketika itu. Ini menjadikan IPD Lahad Datu adalah yang pertama mempunyai website sendiri di Sabah ketika itu.

Pada jangka 8 tahun 8 bukan dan 3 hari sebagai KPD Lahad Datu, Idris adalah pegawai yang paling lama memegang jawatan tersebut di Lahad Datu bermula 03/05/1997 dan pada 16 JAN 2006 Idris terus diberi kepercayaan sebagai Ketua Polis Daerah dan kali ini dengan kenaikan ke pangkat ACP di daerah Tawau iaitu bandar yang kedua besar selepas Kota Kinabalu di Sabah.
Ucapan Hari Polis ke 200 Di IPD Tawau

 Idris berusaha untuk pastikan pasukan dibawah pimpinannya menjadi contoh dan sentiasa sedia berkhidmat dengan ikhlas untuk masyarakat sesuai dengan Cogan kata Pasukan 'Mesra, Cepat dan Betul'

Idris ingin membawa pegawai dan anggotanya tidak ketinggalan dengan perkembangan ICT dan dia anjurkan kursus asas Komputer dirasmikan oleh SAC I Datuk Mohd Bakri Zinin Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu. Kemudian ujudkan laman web IPD Tawau dilancarkan oleh Dato' Mangsor Ismail Pesuruhjaya Polis Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, menjadikannya IPD Kedua melancarkan WEB SITE sendiri selepas Lahad Datu. Membawa ahli-ahli PERKEP melawat sambil belajar ke Tarakan, Indonesia. Menganjurkan Ceramah Agama di perkarangan IPD Tawau. Makan Malam bersama anak-anak yatim dan balu bekas polis. Menganjurkan Tilawah Al-Qur'an bersama JAKIM Tawau. Membaiki dan mencantikan Rumah PERKEP dan Surau As-Sallam.
Kalungan Bunga memperingati PAHLAWAN di Hari Pahlwawan di Tawau
pada 31 Julai 2007


Daily Express 15th December
Pertengahan bulan Julai 2007 Idris menerima anugerah pingat kedua tertinggi dalam PDRM iaitu Pingat Setia Pahlawan Polis (PSPP) selepas majlis itu Idris bercuti pendek dan belum sempat balik ke daeahnya membawa semangat baru dengan dorongan pingat yang baru diterimanya Idris tersenarai untuk bertukar keluar dari Kontinjen Sabah ke jawatan baru Makmal Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, sebagai Ketua Bahagian Kepolisan Am. Satu penempatan yang tidak diduga olehnya kerana dia akan bercuti sebelum bersara bermula pada 26 Dis 2007 ini bermakna Idris berada dijawatan itu dalam tempoh kurang dari 3 bulan dan Idris walaupun dalam keadaan tertekan tetapi terima arahan pertukaran itu secara positif walaupun ianya menimbulkan banyak kesulitan kepada keluarganya kerana terpaksa pindah kemudian balik ke Sabah dalam masa yang singkat dimana dia diketahui akan menatap selepas bersara.
|
Dengan segala hormatnya saya menjemput T...
hehehe cantik baju pengantin ^__^
welcome to the club!!!
apa nie..apa dia mengarut nie
zzz