Mesyuarat Agung Khas PBPM Negeri Sabah
Syukur pada Allah SWT kerana akhirnya Jawatankuasa Pengawas PBPM Negeri Sabah dimana saya sendiri dilantik bersama sebagai Naib Pengerusinya berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Khas untuk membuat pemilihan AJK Negeri Sabah yang baru setelah AJK yang lalu dibubarkan. Mesyuarat Agung Khas ini dihadiri penuh semua perwakilan dari 8 cawangan PBPM di Sabah iaitu dari Sandakan, Tenom, Kota Belud, Tuaran, Beluran, Tambunan, Keningau dan Ranau. Sementara 3 lagi cawangan iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Papar tidak dijemput hadir kerana cawangan-cawangan tersebut masih digantung. Encik Mohd Hanafian Abd Manap Setiausaha Agung PBPM Pusat mewakili Presiden PBPM hadir merasmikan persidangan ini. Hasil. Hj Abdul Rahman Teo telah diistiharkan menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi PBPM Negeri Sabah diikuti oleh Encik Thomas Anggan sebagai Timbalan, Encik Yusof Hj Montak sebagai Naib Pengerusi dan saya sendiri sebagai Naib Presiden dan dilantik AJK Negeri Sabah. Saya ucapkan setinggi terima kasih kepada semua perwakilan atas kepercayan dan sokongan yang diberikan kepada saya dan berharap sokongan ini bukan setakat memenangkan dalam pemilihan tetapi perlu diterjemahkan dengan semangat setiakawan, jujur, ikhlas dan telus dalam semua urusan perlaksanaan kerja untuk menghidupkan semula PBPM Negeri Sabah yang diwarisi oleh AJK ini adalah dalam keadaan lesu, kaku, beku dan tenat ini.

AJK Negeri yang dipilih dan dilantiki bersama perwakilan pada 6 NOV 2009
Tags: Hj Abdul Rahman Teo, Hj Idris Jikon, PBPM Negeri Sabah, Yusof Montak














SEHAT tidak dirasa kecuali diingati sakit atau setelah sakit. Nilai SENANG tidak dapat dirasai kecuali pernah susah. berlalu MASA tidak dirasa kecuali dikira dan diisi dengan kebaikan.






tahniah di atas kejayaan akhirnya PBPM dapat jua membuah masyuarat agong negri sabah bahru lalu di ucapkan tahnia juga kepada tuan haji idris kerna menang tampa tanding ke jawatan timbalan perseden dan di lantik ajk negri sabah.atas kepercayaan semua ketua cawangan seluruh sabah dan ahli. shabassssss tuan haji….HARAPAN KAMI tn hj akan merubah dan membawa perubahan lambaran baru pada pbpm cwg sabah
tahniah tuan hj…..
Terima kasih kerana sudi singgah di Blog saya dan memberi ucapan tahniah yang semestinya memberi dorongan dan semangat kepada saya. Apa pun lambaran perubahan tidak mungkin dihasilkan tanpa kerjasama jujur serta ikhlas ahli.
semua ahli di lahad datu sehat ka….??????
saya berdoa kita sehat semua semuga nanti saya melawat juga kg halaman lahadatu…selamat
Ikut perkembangan semasa PBPM Silam di Face Book atas nama PBPMSILAM