Pondok Polis Kawasan Bandar Sri Perdana

Saya merakamkan rasa bangga bahawa pada pagi 03 April 2010 saya berkesempatan menyaksikan Majlis Terima Bangunan Pondok Polis Kawasan Bandar Sri Perdana di Lahad Datu oleh YDH Datuk Nor Rashid Ibrahim  Pesuruhjaya Polis Sabah dari Syarikat Hap Seng iaitu Pemaju Bandar Sri Perdana.  Kebanggaan saya kerana ketika Syarikat Pemaju ini hendak memulakan pembangunan Bandar Sri Perdana ini saya ketika itu adalah Ketua Polis Daerah Lahad Datu telah ditemui oleh tiga orang pegawai dari Syarikat Hap Seng memaklumkan saya tentang pembangunan Bandar itu dan bercadang akan membina sebuah pondok untuk kegunaan Polis. Pondok yang dicadangkan itu seperti pondok polis di Jalan Teratai di Bandar Lahad Datu. Saya tidak bersetuju dengan cadangan mereka itu dan sebaliknya mencadangkan sebuah Pondok yang boleh menempatkan satu keluarga dilengkapkan dengan ruang pejabat. Saya memaklumkan mereka jika dengan kemudahan yang lengkap untuk sebuah keluarga pihak polis boleh menempatkan seorang anggota Polis secara tetap seperti penempatan anggota Polis di Pondok Polis Kampong dan saya juga mencadangkan kepada mereka nama pondok ini sebagai PPK Bandar Sri Perdana (Pondok Polis Kawasan Bandar Sri Perdana) dengan konsep perlaksanaan tugas kepolisan yang sama. Bila saya ditempatkan pula ke Tawau Sebagai Ketua Polis Daerah tahun 2006 konsep yang sama saya cadangkan dan terima oleh Syarikat Hap Seng yang juga adalah pemaju Bandar Sri Indah di Tawau.

Pada 03 April 2010 bersama ahli PBPM Silam hadir di Majlis terima bangunan PPK Bandar Sri Perdana oleh Pseuruhjaya Polis Sabah dari Syarikat Hap Seng

Keluarga ahli PBPM Silam juga turut hadir di majlis itu

 

Tags: ,

Leave a Reply