Buat Ayah Tercinta
Written by Administrator   
Sunday, 16 December 2007

Alhamdulillah, Segalanya Allah jua mengizinkan terwujudnya Web Portal ini.Web Portal ini adalah perkongsian idea, tenaga, kreatif, wang dari kami berenam Mohd Idremzizan, Burhanyzan, Siti Nuryzan, Irwanyzan, Zakwanyzan dan Mohd Zikri Ridwan untuk ayah tercinta Idris Jikon. Dalam web ini kami isi dengan segala pahit manis kenangan ayah kami semasa beliau memulakan kerja sebagai POLIS sehinggalah ke tarikh wajib pencennya di dalam pasukan PDRM.Selamat Bersara Ayah.

 

Hasil Karya Kami Berenam 

Last Updated ( Sunday, 10 May 2009 )
 
PBPM SILAM LAHAD DATU
Written by Hj Idris Jikon   
Tuesday, 05 May 2009

 

Pengerusi bersama sebahagian AJK melawat Ex-SM Abdullah Hj Omar di Hospital Daerah Lahad Datu Buah Tangan dari Persatuan untuk Ex-SM Abdullah Hj Omar yang dirawat di Hospital Lahad Datu pada 30/11/2008

Klik Sini Cerita Selanjutnya

Last Updated ( Sunday, 10 May 2009 )
 
Mohd Yusof Bin Hj Sani
Written by Hj Idris Jikon   
Monday, 23 March 2009

Saya dan beberapa orang ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam, Lahad Datu tengah hari 23 MAC 2009 membuat lawatan sokongan dan dorongan kepada Saudara Mohd Yusof Hj Sani yang dimasukkan di Hospital Daerah Lahad Datu sejak 10 hari untuk rawatan atas penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung  yang dihidapinya beberapa ketika, tetapi akhir-akhir ini keadaannya semakin kurang memuaskan. Yusof adalah berasal dari Kg Pengalat Besar, Papar, Sabah dan telah memilih kerjaya dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan berkhidmat dengan jayanya bermula dengan pangkat Konstabel sehingga ke pangkat Sarjan,  pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di awal perkhidmatannnya dalam Cawangan Tugas Am tetapi banyak sumbangannya dicurahkan dalam Cawangan Khas sehingga bersara wajib pada 22 Dis 2006. Dia mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis ‘pilihan orangtua’, katanya. Berkahwin dalam tahun 1972 dengan LIZA Bt ABDUL JALIL berasal dari Kudat, Sabah mereka dikurniakan empat orang anak dan seorang daripadanya perempuan. Bertukar ke Lahad Datu dalam tahun 1984 dengan kenaikan ke pangkat Sarjan dalam Cawangan Khas  kemudian bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna dalam tahun 1990 juga dalam Cawangan Khas selama 5 tahun dan bertukar balik ke Lahad Datu sehinggalah dia bersara wajib. Mohd Yusof menceritakan pengalaman yang masih segar dalam ingatannya ialah apabila terlibat dalam operasi menangani kedatangan pelarian di Semporna dari negara jiran dalam tahun 1972 yang ketika itu menghadapi perang saudara. Katanya kerja-kerja itu terus berjalan tanpa henti siang dan malam lebih kurang selama tiga bulan. Katanya ’saya merasa amat puas dalam perkhidmatan saya dalam pasukan itu dan saya juga mendapat beberapa surat penghargaan dari ketua-ketua saya termasuk anugerah pingat BBP (Bintang Bintara Polis) dalam tahun 2005. Sebagai persediaan bersara, dia kata dia merasa selesa  di Lahad Datu disebabkan tempoh perkhidmatannya agak lama di Lahad Datu maka dia dan keluarganya kini menetap dan tinggal di  Taman Aman Tiga Lahad Datu. Kunjungan itu kami iringkan harapan agar isteri dan anak-anaknya terus sabar tabah serta berdoa semoga suami dan ayah mereka segera sembuh dan sihat.

 

Last Updated ( Thursday, 26 March 2009 )
 
Gong Xi Fa Cai
Written by Hj Idris Jikon   
Monday, 26 January 2009

Saya dan keluarga merakamkan Selamat Merayakan kehadiran Tahun Baru kepada semua yang merayakannya. Semoga kehadirannya membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada semua. GONG XI FA CAI

 

Last Updated ( Saturday, 07 February 2009 )
 
Pelajar Pusat Tuisyen Sri Perdana
Written by Hj Idris Jikon   
Saturday, 24 January 2009

Tahniah dan Syabas kepada dua Pelajar Pusat Tuisyen Sri Perdana, Lahad Datu yang berjaya cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR yang mereka duduki dalam tahun 2008

 

Ng Yuk Mun cemerlang dengan 8A PMR

 

 

Mohd Idzuan Bin Abd Wahab dengan 5A UPSR

 

 

Kejayaan anda tentu hasil dari kesabaran serta ketekunan anda menghayati tunjuk ajar guru-guru yang membimbing. Semoga kecemerlangan anda bukan sahaja akan memberi ransangan kepada pelajar lain menjadi lebih bersemangat dalam pelajaran mereka tetapi sudah pasti memberi dorongan kuat kepada anda untuk lebih komited bahawa kecemerlangan akan datang itu tetap bergantung ditangan anda disertai sikap sentiasa mengutamakan masa diisi dengan usaha meningkatkan persedian menghadapi pepriksaan-peperiksaan selanjutnya. Pusat Tuisyen ini turut merasa bangga dan percaya kedua ibubapa anda juga merasakan demikian.

 

 

 

 

 

Last Updated ( Saturday, 24 January 2009 )
 
Selamat Tahun Baru 2009
Written by Hj Idris Jikon   
Monday, 19 January 2009

Go to fullsize image

Belum terlambat merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2009 dengan harapan dan doa semoga kedatangan tahun baru 2009 ini diiringi lebih banyak rahmat serta hidayah  dari Allah SWT. Sudah menjadi kelaziman bahawa setiap awal tahun seperti akan dijadikan titik kiraan permulaan sesuatu. Bagi saya, bulan Februari 2009 genap setahun dalam alam persaraan. Tempoh 12 bulan tersebut telah digunakan untuk memulakan kegiatan perniagaan sendiri serta menubuhkan dua (2) Persatuan  iaitu Persatuan E-masadi di Beaufort  dan Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam disamping berkesempatan dua (2) kali ke Jakarta, Bali dan Yogyakarta. Berupaya mengumpulkan hampir semua rumpun anak-anak saudara terdekat dalam satu Majlis Hari Raya dalam tahun 2008 adalah sesuatu yang indah dan amat bererti bagi saya. Syukur ke hadrat Allah SWT atas izin dan limpah kurnianya dapat saya menjadi penggerak kepada perkara-perkara tersebut. Mudah-mudahan tahun 2009 ini lebih banyak kesempatan merancang serta melaksanakan kerja-kerja baik.

 

Last Updated ( Monday, 19 January 2009 )
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Written by Hj Idris Jikon   
Wednesday, 15 October 2008

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS SAYA DAN KELUARGA

MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

DAN KAMI POHON MAAF ZAHIR BATIN.

TERMAKAN TERMINUM POHON DIHALALKAN 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih juga kepada mereka yang mengirim Kad dan SMS ucapan Selamat Hari Raya untuk kami. Maafkan kalau ada yang tidak sempat dijawab, insya Allah kalau panjang umur serta murah rezeki akan dijawab di Hari Raya Aidil Fitri akan datang

Last Updated ( Friday, 06 March 2009 )
 
Salam Ramadan Al Mubarak
Written by Hj Idris Jikon   
Saturday, 13 September 2008

 

Allah

 

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al Mubarak khusus kepada semua sahabat dan saudara-saudara saya yang beragama Islam dimana saja berada.  Saya memohon maaf apa-apa bentuk kesalahan saya agar penunaian ibadah puasa kali ini mendapat ganjaran pahala dan keberkatan yang lebih dari Allah SWT.

 

 

 

 
 
Last Updated ( Friday, 26 September 2008 )
 
Salam Merdeka Malaysia
Written by Hj Idris Jikon   
Saturday, 30 August 2008

 

SALAM HUT 51 MERDEKA NEGARAKU MALAYSIA

Image 

31 Ogos 2008 adalah tarikh rahmat dari Allah SWT kerana menjelang tarikh ini negaraku Malaysia merayakan untuk mengingati Hari Ulang Tahun ke 51 kemerdekaannya. Sepanjang usia ini negaraku telah membawa dan mendedahkan rakyatnya dalam pelbagai peristiwa serta perubahan yang berbeza-beza antara satu dengan lain dikalangan lebih 20 juta penduduknya. Saya sendiri misalnya memulakan alam persekolahan dan pembelajaran, menganggur kemudian terlibat dengan pelbagai pekerjaan sebelum diterima berkhidmat dalam kerajaan. Membina keluarga dan membentuk anak-anak untuk jadi bertanggungjawab dan  berdikari. Kini khidmat dengan kerajaan selesai setelah bersara wajib setelah umur mencapai 56 tahun. Putaran seperti ini terus berlaku dimana hari ini ada dikalangan rakyat Malaysia baru lahir, ada yang baru memulakan alam persekolahan, ada yang baru meninggalkan alam bujang dan memulakan hidup baru di alam berrumahtangga, ada pula baru memulakan perhidmatan atau memulakan perniagaan atau apa juga kerjaya yang dipilih atau terpaksa dipilih. Ada banyak  kejadian yang mengeciwakan atau menggembirakan namun kehidupan rakyat negaraku Malaysia tetap utuh dan bersatu yang menjadi tonggak kepada keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran hidup rakyat Malaysia hari ini.

Peringatan hari kemerdekaan ini pada setiap tahun adalah bertujuan antara lainnya memberi peluang untuk mengingati perjalanan masa yang sudah berlalu dan menilai pencapaian berbanding tempoh masa tersebut. Rakyat negara ini telah menikmati kemerdekaan itu 51 tahun yang lalu. Tentu telah banyak yang dicapai tetapi yang belum dicapai juga tidak berkurang. Apa yang penting ialah adanya penghayatan pergerakan masa itu dengan tindakan serta perancangan yang sewajarnya agar masa itu tidak berlalu tanpa melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah sesuai dengan kemampuan seiringan dengannya.   

Terima kasih Malaysia.

 

Last Updated ( Tuesday, 02 September 2008 )
 
Perasmian Pusat Tuisyen Sri Perdana
Written by Sri Perdana Tuisyen   
Saturday, 19 July 2008

Image

 

Pusat Tuisyen Sri Perdana yang terletak di Lorong Perdana 1, Lot 15, MDLD 6923 telah dibuka dengan rasminya dan Perasmiannya pada 19hb Julai 2008 bersamaan hari Sabtu bermula jam 10.30 pagi  oleh YBhg Cik Sapiah Ong Penolong Pegawai Pelajaran mewakili Pegawai Pelajaran Gabungan Daerah Lahad Datu.   Dalam ucapan alu-aluan selaku Pengerusi Pengelola Pusat Tuisyen ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Sapiah yang sudi meluangkan masa untuk bersama dan seterusnya setuju mersmikan Pusat Tuisyen ini,yang berijazah, terlatih, berpengalaman serta mahir dalam bidang masing-masing katanya walaupun majlis ini kecil tetapi sangat besar ertinya kepadanya dan keluarga. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada tetamu lain yang sudi mengorbankan hari cuti mereka dan sudi bersama menyaksikan majlis ini antaranya Encik Juraimin Hj Jadil yang baru dua minggu menerima perlantikannya ke Jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Lahad Datu. Hj Idris Jikon mengambil kesempatan mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Encik Juraimin atas kejayaan dan pencapaian tersebut yang menurutnyad amat wajar dan tepat. Encik Wasli Bin  Mat Seh Pegawai Bomba Dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Tuan Hj Sari Arshad mantan Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Lahad Datu serta sahabat-sahabat rapat yang hadir dengan doa dan harapan yang sudah pasti memberi dorongan dan sokongan kepada usaha Pusat Tuisyen ini.  Menurut Hj Idris Jikon bahawa walaupun ilham menubuhkan Pusat Tuisyen ini datang secara spontan selepas dia bersara dari perkhidmatannya dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia Februari lalu, tetapi ianya tetap telah dirancang dengan rapi dan teliti, untuk itu dia merakamkan ucapan setinggi terima kasihnya kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan pegawai-pegawai kanannya di Sektor Pendidikan Swasta atas kelulusan melalui lesen (X15C118) yang membolehkan Pusat Tuisyen Sri Perdana lahir dan beroperasi. Kepercayaan itu katanya akan dijaga dengan penuh tanggungjawab melalui pengajaran dan bimbingan kepada pelajar sentiasa pada tahap tinggi dan pelajar tidak terbeban tetapi akan merasa seronok dan mudah faham mengikuti setiap bimbingan yang ditawarkan iaitu Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Oleh beberapa orang guru yang mempunyai ijazah, terlatih, mahir dan berpengalaman dalam bidang masing-masing diketuai oleh Cikgu Hj Saini Hj Kadar yang juga adalah guru penasihat Pusat Tuisyen Sri Perdana. Dengan penyediaan dewan kuliah berhawa dingin yang disediakan beliau yakin ianya menambah keselesaan bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada guru-guru juga. Mudah-mudahan cita-cita untuk menjadikan PUSAT TUISYEN SRI PERDANA sebagai pilihan terbaik kepada ibubapa disekitar Lahad Datu meletakkan harapan kepada anak-anak mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi dapat direalisasikan.

 

Image

Disinilah Premis Pusat Tuisyen Sri Perdana

Image 

YBhg Cik Sopiah Ong dan tetamu lain yang hadir dimajlis perasmian itu

Image

Sama-sama menadah tangan mengaminkan doa oleh Ustaz Mohd Rafiq

memohon restu, redha dan hidayah dari Allah SWT

Image

Pengerusi Lembaga Pengelola Pusat Tuisyen Sri Perdana Tuan Hj Idris Jikon

menyampaikan ucapan alu-aluan

Image

Image 

Cik Sopiah Ong menyampaikan ucapan perasmian Pusat Tuisyen Sri Perdana

mewakili Pegawai Pelajaran Pendidikan Gabungan Lahad Datu

Image

Cik Sopiah sedang melakukan perasmian dengan menekan tetikus untuk memulakan

tayangan Video Clip mengenai Pusat Tuisyen ini

Image 

Hj Idris Jikon sedang menyampaikan cenderamata Pusat Tuisyen Sri Perdana

kepada YBhg Cik Sopiah

Image

 

Seterusnya Hj Idris Jikon memaklumkan rancangan masa depan Pusat Tuisyen ini untuk mengada atau menganjurkan (1) Klinik-klinik peperiksaan yang dibuka kepada pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan samada UPSR, PMR dan SPM (2) Mengadakan kelas untuk bacaan Al-Qur'an dengan konsep Iqra' (3) Menganjurkan kursus pendek asas ICT melipuiti pengenalan kepada komputer, penggunaan program seperti Microsoft, Excel, Powerpoint dan melayari Internet.

Image 

Image 

Image

Image 

 

 

 

Juruacara Majlis Perasmian itu ialah Cik Siti Nuryzan anak Hj Idris Jikon yang juga

diamanahkan sebagai Pengurus Pusat Tuisyen Sri Perdana dibantu oleh adiknya

Irwanyzan sebagai Setiausaha 

 

 YBhg Cik Sapiah Ong yang mewakili Pegawai Pelajaran Gabungan Daerah Lahad Datu dalam ucapan perasmiannya merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah serta izinNya dapat bersama-sama dalam majlis ini, dia juga berterima kasih kepada pihak Pusat Tuisyen Sri Perdana terutama sekali Tuan Hj Idris Jikon atas penghormatan diberikan kepadanya untuk melaksanakan perasmian pembukaan Pusat Tuisyen ini pada pagi ini. Dia memuji usaha ini kerana ianya memang dialu-alukan oleh Kementerian Pelajaran  kerana yakin ianya dapat membantu meningkatkan kaualiti penyampaian pelajaran kepada pelajar. Tambahan pula katanya pada masa kini bilangan pelajar terus bertambah dengan pesat berbanding pengembangan kapasiti sekolah yang perlahan disebabkan pelbagai masalah antaranya kesukaran mendapat tapak tanah untuk tujuan membina bangunan sekolah baru. Ini menyebabkan bilangan murid dalam sebuah bilik-bilik darjah sentiasa melebihi bilangan maksima yang sepatutnya terutama sekali sekolah di bandar-bandar. Ibubapa pula katanya mahu anak-anak mereka belajar disekolah yang mereka pilih mengikut citarasa masing-masing antaranya sekolah itu dekat atau sekolah itu baik pencapaiannya. Ini katanya menyebabkan taburan bilangan murid sukar diseimbangkan atau diselaraskan. Menurutnya dengan bilangan pelajar yang berlebihan itu tidak dapat dinafikan fokus murid kepada pembelajaran akan terganggu. Dengan adanya usahasama masyarakat seperti ujudnya Pusat Tuisyen Sri Perdana ini akan dapat membantu pihak sekolah mengangkat tahap pencapaian pelajar. Dengan perancangan rapi serta penyediaan sistem LMS online learning sama seperti sistem yang digunapakai oleh OUM (Open University Malaysia). Pusat Tuisyen Sri Perdana adalah satu-satunya Pusat Tuisyen terkehadapan memberi peluang kepada Warga ibubapa  mendapatkan maklumat pembelajaran atau perkembangan semasa Pusat Tuisyen ini dari laman web rasminya www.sriperdana.edu.my. Setrusnya Cik Sapian Ong dipelawa menekan butang yang disediakan untuk tayangan Video sebagai tanda bahawa PUSAT TUISYEN SRI PERDANA DIBUKA DENGAN RASMI.

 

Download Borang Pendaftaran Klik Sini

 

 

Last Updated ( Friday, 15 August 2008 )
 
Malam Titipan Kenangan Forensik 2007
Written by Hj Idris Jikon   
Wednesday, 26 December 2007

Bersempena dengan penyerahan tugas jawatan saya sebagai Ketua Bahagian Kepolisan Am Makmal Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di Bilik Mesyuarat Forensik di Kompleks Makmal Forensik Cheras, Selangor DE pada pagi 24 Disember 2007 kerana percutian sebelum saya bersara wajib pada 14 Februari 2008. Saya dan keluarga dijemput ke majlis Titipan Kenangan Forensik 2007 di Hotel Maluri Cheras pada jam 1930 petang 24 Disember 2007. Dalam aturcara yang disertakan dinyatakan majlis tersebut meraikan pertukaran mereka-mereka yang telah dan akan meninggalkan Makmal Forensik iaitu SUPT Syukri Bin Abdullah ke Bahagian Logistik, Bukit Aman, ASP Azizan Hashim ke Cawangan SMS Shah Alam, Kpl Pritam Singh ke Cawangan Latihan untuk mengikuti kursus asas Inspektor setelah dipilih dinaikan ke pangkat tersebut melalui system KPSL, pertukaran seorang kakitangan awam iaitu puan Mek Muni @ Nuraini ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan saya sendiri kerana memulakan cuti mulai 26 Disember 2007 sebelum bersara wajib pada 14 Februari 2008. Saya secara peribadi merakamkan setinggi penghargaan serta terima kasih kepada YDH Dato' Abdul Malek Hj Harun atas keprihatinannya mengilham serta menaungi penganjurtan majlis tersebut yang pada hemat saya adalah suatu penghormatan serta penghargaan kepada saya dan keluarga. Majlis yang cermerlang dan gemilang dengan tarian dan pakaian dari negeri Sabah adalah melambangkan negeri asal saya dimana saya akan kembali setelah bersara. Saya amat terkejut apabila sebaik saja majlis itu hendak dimula muncul kumpulan membawa kek harijadi dibawa oleh anak sulung saya Mohd Idremzizan dan diiringi oleh adik-adiknya dan cucu saya Yasmin Wahida. Mengadirkan ahli-ahli keluarga saya secara khas dari Sabah termasuk besan saya iaitu mertua anak sulung saya tuan Hj MY Ibrahim dan Hjh Maria Takin adalah sesuatu diluar dugaan dan jangkaan saya. Saya tergemam dan tidak terkata. Untuk itu saya sekali lagi dan berkali-kali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada YDH Dato' Abdul Malek Hj Harun atas penghormatan yang diberikan kepada saya. Teks ucapan saya dan juga teks ucapan Dato' Malek dan gambar-gambar menarik di majlis tersebut akan dipaparkan berasingan dilaman web ini.

Di majlis ini anak-anak saya buat pertama kalinya juga tanpa pengetahuan saya memaparkan laman web (WEB SITE) ini seterusnya melancarkannya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada saya dengan tujuan mengumpul dan menyimpan rekod pengalaman hidup dan juga pengalaman berkhidmat dalam pasukan polis diraja malaysia. Saya merasakan kehdairan laman web ini wajar dan kena pada tempat dan masanya kerana ianya akan memberi saya peluang mengisi masa yang banyak selepas bersara kelak.

Last Updated ( Thursday, 16 April 2009 )
 
Serah Tugas Jawatan Terakhir dalam Pasukan Polis
Written by Hj Idris Jikon   
Wednesday, 26 December 2007

Saya memulakan tugas baru saya sebagai Ketua Bahagian Kepolisan Am di Makmal Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) pada 03/09/2007 dengan pangkat Asisten Komisioner (ACP) setelah menyerahkan tugas sebelum itu sebagai Ketua Polis Daerah Tawau di Sabah dengan pangkat yang sama pada 16/08/2007. Ini adalah merupakan jawatan terakhir saya dalam pasukan polis yang sudah diceburi selama 37 tahun lalu kerana saya mempunyai cuti terkumpul 34 selama hari yang perlu bermula pada 26 Disember 2007 dan kerana itu pada jam 0930 pagi 24 Dis 2007 satu majlis ringkas serah tugas jawatan tersebut kepada DSP Samad Bin Yahya yang akan menanggung kerja jawatan ini sehinga diisi secara hakiki kelak. Majlis rinkas ini disaksikan sendiri oleh SAC II Dato' Abdul Malek Bin Haji Harun Ketua Penolong Pengarah Makmal Forensik JSJ Bukit Aman serta dihadiri oleh Timbalannya ACP Dr Yew dan lain-lain Ketua Bahagian serta pegawai-pegawai kanan  Polis di Makmal Forensik. Tugas ini diserahkan pada tarikh tersebut kerana pada 25 Disember adalah cuti umum menyambut krismas 2007. Dengan terturunnya tandatangan saya dalam dokumen serah tugas tersebut adalah dokumen terakhir  bernilai dengan tandatangan saya dan ianya sekali gus mengakhiri secara rasmi kerjaya saya sebagai anggota polis saya diceburi sepanjang lebih kurang 37 tahun bermula pada awal tahun 1970 sebagai seorang Konstabel. Cuti saya bermula pada 25 Disember 2007 kerana cuti Umum kemudian cuti rehat sebelum bersara bermula pada 26 Disember 2007 dan rehat ini berakhir pada 13 Februari 2008 dan pada 14 Februari 2008 adalah tarikh mula saya bersara wajib.  

Last Updated ( Sunday, 10 May 2009 )
 
Secebis Cerita Seorang Polis
Written by Administrator   
Sunday, 16 December 2007

 

Image

Senyuman bangga dengan seragam Konstabel Polis Diraja Malaysia semasa dalam latihan asas rekrut 1970

Image

 

Beaufort adalah sebuah Pekan Kecil dan terpencil di Sabah.Di sinilah lahir insan bernama Idris berdepan dengan keperitan hidup yang terhimpit. Impiannya  untuk menjadi seorang Guru kerana hanya profesion itu yang diketahuinya ketika itu. 

Image 

Image

Image 

Inilah gambar pertama bersama bekas tunang sebelum jadi kekasih dan isterinya-  Siti Rumaja Hj Mijed

 

 Pada 14 Februari 1952 iaitu lebih kurang 10 tahun selepas serangan tentera Jepun. seorang bayi kelima  lahir dan dinamakan  dan dikenali sebagai Idris Bin Jikon. Kanak-kanak ini menambah seorang lagi anak kepada seorang yang dikenali Emasadi dan isterinya nama Misti Binti Ajak, kedua-duanya keturunan Bisaya di Kampong Berkat, Padas Damit. Gelaran Emasadi itu kerana adalah menjadi amalan dan kebiasaan menukar panggilan nama bapa dengan nama anak sulung. Oleh kerana anak sulung Encik Jikon bernama Saadiah bersama isterinya yang terdahulu maka dia digelar Emasadi yang juga adalah seorang bilal Masjid di Kg Kantor ketika itu dan juga guru baca al-qur'an kepada murid-murid dewasa yang menjemputnya ke kampung Bangkalalak, Kg Mentulud, Kg Gumarit, Kg Suasa, Kg Parit dan Kg Kantur secara bergilir. Idris dan adik  perempuan biasa ikut bersamanya dalam lawatannya ke kampung-kampung tersebut.  Emasadi meninggal dunia kerana sakit yang sudah lama dihidapinya,  waktu itu Idris baru saja beberapa bulan memulakan persekolahan di GPS Padas Damit dalam tahun 1959. Ketiadaan bapanya  amat dirasai betapa kehidupan yang memang sudah susah telah menjadi lebih payah dan sempit. Idris terpaksa bantu abangnya Mohd Dun @ Yura menoreh getah yang ada beberapa pokok saja dikeliling rumah kami di Kg Kelaga sebelum ke sekolah pada setiap pagi.     Mungkin dengan berkat doa dan harapan besar arwah Emasadi semasa hidupnya terhadap Idris menyebabkan dia ringan hati menghantar Idris  belajar  di sekolah.   Dalam tahun 1963 Idris ketika itu pelajar darjah 5 tetapi Guru Besar GPS Padas Damit ketika itu Hj Mohd Yusof Sulaiman memilih Idris bersama 5 orang lain antaranya Norsiah Bauk dan  Yusof Masgop dari kelas itu didaftarkan untuk  peperiksaan darjah enam pada tahun tersebut dan pilihan itu tepat kerana Idris  dengan angka giliran 509 lulus. Semasa hendak menghadiri peperiksaan tersebut yang dijadualkan diadakan di GPS Mempagar yang pada ketika itu ke tempat itu adalah satu perjalanan yang amat jauh kerana  belum ada jalanraya. Cikgu Mohd Yusof Sulaiman menunjukkan kesedarannya serta simpatinya terhadap kesempitan Idris bila dia menganjurkan kutipan wang untuk membantu Idris. Sejumlah $14.00 diberikan kepadanya untuk perjalanan pertama Idris  keluar dari kampung Padas Damit yang perlu berjalan kaki dari jam 7.00 pagi dan sampai di tempat yang dinamakan Mempagar itu pada jam 5.00 petang dan ketika itu musim hujan dan banjir.  Dengan kelulusan itu Idris dengan nasihat serta dorongan Cikgu Yusof Sulaiman supaya Idris meneruskan pelajaran ke St John's Secondary School di pekan Beaufort. Awal bulan Januari tahun 1964 Idris buat pertama kalinya keluar ke pekan Beaufort ikut Encik Said Masi yang ketika itu kebetulan ke Beaufort untuk memohon jawatan Konstabel Polis, Encik Masih yang membawa dan tunjuk jalan ke St John's Secondary School  yang terletak dibelakang Balai Polis Beaufgort ketika itu. Idris dinasihat  mendaftar di St Paul's Secondary School kerana di St John tiada pelajar beragama Islam tinggal di Hostel sebab tiada tukang masak beragama Islam.  Idris pun  ke St Paul Secondary School dan dia diterima belajar disitu dalam kelas peralihan atau ketika itu lebih dikenali sebagai Bridge Class I dan tinggal di Boarding atau Hostel sekolah. Disini sebenarnya ada ramai pelajar lain sekampong dengannya antaranya Yusog Masgop, Kasmat Bilah, Ismail Hj Abdul Rahman, Mohd Zilin Salurin, Jantrik Hj Karim. antara pelajar senior sekampung ialah Jais Enggon. Semua mereka tinggal di Hostel yang sama.   Belajar dalam kelas peralihan dikenali Bridge Class I, kelas ini untuk pelajar-pelajar dari sekolah rendah kerajaan atau ketika itu lebih dikenali sebagai Government Primary School (GPS). Waktu itu belum ada Sekolah Menengah Kebangsaan di Beaufort, yang ada hanya St Pauls Secondary School dan St John Secondary School dan kedua-duanya mengajar dalam aliran Bahasa Inggeris sahaja sebab itu semua pelajar dari sekolah rendah perlu mula dalam Bridge Class I dan II sebelum ke Form I dan seterusnya. Diakhir tahun 1965 selepas peperikasaan dalam Bridge Class II Idris memohon bertukar ke Sekolah Trade School di Api-Api atau Jesselton, Ibu Negeri Sabah ketika itu, berpindah bukan kerana suka-suka tetapi kerana Idris  dengar di sekolah yang mengajar pertukangan tersebut dibayar elaun bulanan dismping biaya makan.

  

Image 

Hadir buat kali kedua di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan kali ini sebagai Pelatih Inspektor setelah dilantik ke jawatan itu pada 21 Mei 1975.    

Image 

Kenangan bersama pelatih Inspektor yang lain antaranya Awang Basir Shahrin, Puspalinggam, Foo Kiant Bong dan Rosli Mohd Nizam.

Image

Image 

Image

Image 

Gambar kenangan sekitar tahun 1976-1978 semasa menjawat tugas sebagai Inspektor Kawasan Suan Lamba dan Ulu Dusun dibawah pimpinan ASP Clement Jaikul sebagai OCPD Sandakan (Bandar)  

Image 

Terima Surat Penghargaan atas kecemrlangan prestasi tugas daripada Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah. Dato' Mohd Noor Khamis dalam satu perbarisan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan.

Image 

No kereta keduanya SB 535 secondhand dibeli dari Insp Hamzah Hashim dengan harga $3,500 diberi No SB lambangkan asalnya di Beaufort dan 535 adalah No rasmi dirinya dalam pasukan polis iaitu I/7535 sebagai Inspektor - sekitar tahun 1979. Kereta pertamanya SS 3979 jenis Fiat semasa di Sandakan. 

Image 

Flat yang dinamakan Helang di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah di Kepayan ini adalah tempat tinggalnya semasa menjawat tugas sebagai APO II, disini lahir Siti Nuryzan anak ketiganya. Sementara Rumah Papan adalah tempat tinggalnya bila dinaikkan ke pangkat ASP dalam tahun 1981 sebagai   Pegawai Turus Tatatertib/Kenaikan Pangkat Kontinjen Sabah mengambil alih dari ASP Philip Chung yang telah meletak jawatan.

Image

Idris  gemar menghargai sumbangan orang lain yang membantu kejayaannya. Gambar ini sedang menyampaikan Surat Penghargaan kepada orang awam yang menjayakan tindakan pencegahan Jenayah yang diketuainya sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu sekitar tahun 1984 - 1987 

 Image

Sebagai KPD Tenom pada usia 35 Tahun membaca Perutusan Ketua Polis Negara di perbarisan Hari Polis di IPD Tenom dihadiri bersama oleh Wakil Rakyat Tenom ketika itu YB Datuk Kadoh Agundong dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Tenom serta pegawai dan anggota polis dan ahli-ahli persatuan bekas polis pada pagi 25 Mac 1988

Image

 

C/Insp Abdul Lamat Hj Taman

Image 

  
Dalam usia muda dan memikul jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Tenom itu walaupun daerah kecil dan terpencil tetapi dianya cukup mencabar tetapi komitmen yang tinggi serta  pendekatan pemikiran dan tindakan yang positif Ketua Polis Daerah termuda ini ketika itu mencerminkan dia patut diberi pendedahan yang lebih. Atas perkiraan itu Idris telah ditukarkan ke Kontinjen Pulau Pinang dalam Jabatan Siasatan Jenayah pada bulan Mei 1988.

Image 

Image

Pertukaran Idris ke Pulau Pinang dalam pertengahan tahun 1988 sebagai Pegawai Turus D4B dia berpeluang mendalami tugas dalam Siasatan Jenayah  dengan bimbingan beberapa orang KJSJ Pulau Pinang antaranya ACP Raja Lope, ACP Arshad Mokhtar dan  ACP Hizan Babjan dan sempat lebih kurang sebulan dibawah ACP Loh Choo Huat.

Image 

Setelah 5 tahun berada di Pulau Pinang Idris tersenarai dalam pertukaran pada awal tahun 1993 dengan jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kunak dengan memangku pangkat DSP.  Idris melapor diri kepada Datuk Mohd Jamil Johari Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu mengarahkan Idris tidak ke Kunak tetapi buat sementara waktu ke Kota Kinabalu sebagai KBSJD sehingga  dapat arahan terbaru. Gambar ini sidang Akhbar bersama ACP Muslim Mohamad KPD Kota Kinabalu atas satu kejayaan awal Idris sebagai KBSJD Kota Kinabalu.

Image 

Image 

Enam bulan kemudian keluar arahan melibatkan Idris untuk jawatan baru dan kali ini sebagai Ketua Polis Daerah Kota Belud di Pantai Barat Sabah. Sudah biasa dengan cabaran di Bandar Raya Pulau Pinang dan Bandar Raya Kota Kinabalu maka bagi Idris berada di Kota Belud dia ada banyak masa terluang, ini mendorongnya pada awal tahun 1996 ulang alik ke ITM Menggatal sebagai pelajar Jarak Jauh. Tetapi DPA yang dicita-citakan tidak sempat dicapai bila terjumpa DSP Fadzil Ali seorang pegawai Polis berasal dari Kota Belud bertugas di Cawangan Latihan Bukit Aman sedang bercuti di Kota Belud. Idris minta supaya namanya dimasukkan sebagai peserta kursus Diploma Sains Kepolisan (DSK) 

Image 

Di hari Suai Kenal peserta kursus DPS dengan Dekan di UKM bersama 34 orang pegawai lain antaranya SUPT Ayob Mohamad yang menjadi penghulu, SUPT Pakianathan, DSP Mohd Noor Kanda, DSP Wahab Embong, DSP Sulaiman Abdul Razak, DSP Kassim Yusof, DSP Mohd Fuad Talib, DSP Wan Mohamad, DSP Sulaiman Mohamad, DSP Taib Sabot dan DSP Hj Hasrin Bin Hj Sabtu dari Negara Brunei Darussalam. Idris dalam ucapan suaikenal itu menyatakan rasa syukur yang teramat sangat kerana katanya dia selama ini tidak banyak bersekolah tetapi banyak bekerja dan kehadirannya di UKM dalam majlis itu adalah sesuatu yang  sangat bermakna kepadanya dan berterima kasih pada PDRM dan Kerajaan. 

Image 

Image 

 Antara perkara yang dihayatinya dalam kursus DSK ialah kenal diri dan perlu keluar dari kelompok pandir. Kursus itu selesai pada tahun 1997 Idris dinaikkan ke pangkat SUPT ke jawatan  Ketua Polis Daerah Lahad Datu menggantikan SUPT Mohd Bakri Zinin yang bertukar ke Negeri Sembilan. Konsep keluar dari kelompok pandir itu mendorong Idris sentiasa berbuat sesuatu yang baru bermula semasa di Lahad Datu antaranya dia berjaya menyediakan Rumah PERKEP, membawa ahli-ahli PERKEP melawat  ke Sarawak dan Brunei. Hari keluarga di Pulau Sipadan, pendakian ke Gunong Kinabalu,   program Rakan Jiran Rakan Taman, Majlis Tilawah Al-Qur'an, malam amal mengisi Tabung Kelab Polis dimana Ajai dan Nurul dijemput menjayakannya dirasmikan oleh Dato Mangsor Ismail. Menganjurkan kursus asas Microsoft kemudian mewujudkan Laman Web IPD Lahad Datu  dirasmikan oleh SAC II Kuik Harris OKK Anik KJP Sabah ketika itu. Ini menjadikan IPD Lahad Datu adalah yang pertama mempunyai website sendiri di Sabah ketika itu.

 

Image

Image  

Pada jangka 8 tahun 8 bukan dan 3 hari sebagai KPD Lahad Datu, Idris adalah pegawai yang paling lama memegang jawatan tersebut di Lahad Datu bermula 03/05/1997 dan pada 16 JAN 2006 Idris terus diberi kepercayaan sebagai Ketua Polis Daerah dan kali ini dengan kenaikan ke pangkat ACP di daerah Tawau iaitu bandar yang kedua besar selepas Kota Kinabalu di Sabah.

Ucapan Hari Polis ke 200 Di IPD Tawau  

Image

Image

Idris berusaha untuk pastikan pasukan dibawah pimpinannya  menjadi contoh dan sentiasa sedia berkhidmat dengan ikhlas untuk masyarakat sesuai dengan Cogan kata Pasukan 'Mesra, Cepat dan Betul'  

Image

Idris ingin membawa pegawai dan anggotanya tidak ketinggalan dengan perkembangan ICT dan dia anjurkan kursus asas Komputer dirasmikan oleh SAC I Datuk Mohd Bakri Zinin Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu. Kemudian ujudkan laman web IPD Tawau dilancarkan oleh Dato' Mangsor Ismail Pesuruhjaya Polis Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, menjadikannya IPD Kedua melancarkan WEB SITE sendiri selepas Lahad Datu. Membawa ahli-ahli PERKEP melawat sambil belajar ke Tarakan, Indonesia. Menganjurkan Ceramah Agama di perkarangan IPD Tawau. Makan Malam bersama anak-anak yatim dan balu bekas polis. Menganjurkan Tilawah Al-Qur'an bersama JAKIM Tawau. Membaiki dan mencantikan Rumah PERKEP dan  Surau As-Sallam.

Image 

Kalungan Bunga memperingati PAHLAWAN di Hari Pahlwawan di Tawau

pada 31 Julai 2007 

Image 

 


 

Image

Image 

Image

 

Daily Express 15th December 

Pertengahan bulan Julai 2007 Idris menerima anugerah pingat kedua tertinggi dalam PDRM iaitu Pingat Setia Pahlawan Polis (PSPP) selepas majlis itu Idris bercuti pendek dan belum sempat balik ke daeahnya membawa semangat baru dengan dorongan pingat yang baru diterimanya Idris tersenarai untuk bertukar keluar dari Kontinjen Sabah ke jawatan baru Makmal Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, sebagai Ketua Bahagian Kepolisan Am. Satu penempatan yang tidak diduga olehnya kerana dia akan bercuti sebelum bersara bermula pada 26 Dis 2007 ini bermakna Idris berada dijawatan itu dalam tempoh kurang dari 3 bulan dan Idris walaupun dalam keadaan tertekan tetapi terima arahan pertukaran itu secara positif walaupun ianya menimbulkan banyak kesulitan kepada keluarganya kerana terpaksa pindah kemudian balik ke Sabah dalam masa yang singkat dimana dia diketahui akan menatap selepas bersara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated ( Sunday, 25 May 2008 )
 
Advertisement

Kalendar Hijrah

 

Myblog

Latest entries

Apa Apa Je IJ

Apa tu?

IJ Search

IJ Calender

August 2010 September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30

Lastest Comment

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Menu Niaga

Iklan Niaga

Statistics

Members: 224
News: 126
Web Links: 0
Visitors: 534174

IJ Email

Username
Password

IJ Latest Events

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar